Wednesday 7 December 2011

Akidah : Memahami Rukun Islam

Saya merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi . Sesi pengajaran dijalankan di dalam kelas 1 Arif 2011. Murid yang berada di dalam kelas tersebut seramai 32 orang. Saya mengajar Pendidikan Islam bertajuk Rukun Islam. Melangkah sahaja saya ke kelas tersebut, murid baru selesai mempelajari mata pelajaran Sains.

Sesi pengajaran dimulakan dengan mempedengarkan nasyid yang berkaitan dengan sembahyang bertajuk Sepohon Kayu.  Ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk belajar pada hari itu.Tambahan pula kanak-kanak memang sukakan nyanyian.



 Setelah selesai nasyid diperdengarkan saya mencungkil pengetahuan murid berkaitan isi kandungan nasyid tersebut. Murid memberikan respon yang amat menggalakkan  dan menyatakan bahawa ia berkaitan solat lima waktu. Solat dikaitkan dengan Rukun Islam dan sesi pengajaran pun dimulakan.

Saya mencungkil pengetahuan sedia ada murid berkaitan rukun islam dan sebahagian besar murid memberikan respon yang baik serta menyatakan 5 rukun islam . Murid dijelaskan bahawa setiap yang bergelar islam perlu berpegang teguh kepada rukun islam yang lima ini bagi memastikan diri individu itu sentiasa dekat dengan Allah. Untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka berkaitan rukun islam, murid diminta menyebut bersama-sama guru  mengikut urutan.

Pertama      -     Mengucap dua kalimah syahadah
Kedua        -     Sembahyang lima waktu
Ketiga        -     Berpuasa di bulan ramadan
Keempat    -     Membayar zakat
Kelima       -     Menunaikan haji


 Mengapa perlunya rukun islam? Murid sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Allah itu wujud. Saya mengaitkan  kewujudan Allah dengan pentingnya rukun islam




Seterusnya, murid diterangkan kesan beramal dengan rukun islam. Murid diminta memberikan pendapat dan  saya pun memberikan antara contoh kesan kepada manusia sekiranya beramal dengan rukun islam. Antaranya hidup akan diberkati Allah, disayangi oleh masyarakat dan mendapat kesenangan hidup. Berebut-rebut murid mengangkat tangan apabila saya tanya siapa yang nak Allah sayang kepadanya. Tersentuh hati kecil ini apabila macam -macam respon yang diberi oleh murid. Semuanya mahukan kasih sayang dari Allah.Benar la kata orang tua-tua 'melentur buluh biar dari rebungnya'. Sambil memberikan penerangan  secara ringkas serta mengaitkannya dengan  gambar yang telah dipamerkan tadi saya menyelitkan kata-kata nasihat agar ia terkesan dihati mereka untuk menjadi seorang hamba allah yang mulia .

Allah itu Wujud.  Bukti kewujudan Allah dengan adanya bumi dan makhluk di muka bumi ini. Sambil bersoaljawab dan mencungkil idea murid berkaitan ciptaan Allah yang lain saya meminta murid menunjukkan lima jari ditangan dan sama-sama menyebut rukun islam mengikut jari bermula dari ibu jari.Murid pun menyebut bersama berulang-ulang kali untuk memperkukuhkan ingatan mereka. Untuk itu, saya letakkan 5 helai manila kad yang telah ditulis rukun islam dan diletakkan secara berselerak di papan tulis. Bagi mengelakkan murid kebosanan saya meminta mereka menyusun rukun islam tersebut mengikut urutan yang betul. Apabila mereka meletakkan dengan betul saya memberi mereka imbuhan iaitu sebatang pensil dan 2 biji gula-gula.Seronok melihat gelagat murid-murid ini apabila masing-masing  melompat-lompat  untuk mencuba menyelesaikan tugasan yang diberi.

Selesai aktiviti kelas dijalankan sekali lagi murid diminta  menyebut Rukun Islam mengikut urutan. Selepas itu, murid diminta menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang diberi. Bagi murid yang telah menyiapkan lembaran kerja saya akan menyemak dan memberi mereka latihan tambahan yang ada di dalam buku kerja. 

Thursday 3 November 2011

TAHUN 1;RUKUN ISLAM

OBJEKTIF
Dikhir pelajaran diharapkan murid berupaya menyebut rukun islam mengikut urutan yang betul

SET INDUKSI
Murid dikehendaki menyanyikan lagu nasyid  bertajuk "rukun Islam".Ini adalah kerana pengajaran menggunakan kaedah nyanyian menarik minat murid serta murid mudah mengingati fakta.


Wednesday 2 November 2011

RUKUN ISLAM 5 PERKARA

1.MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAT
2.SEMBAHYANG LIMA WAKTU
3.PUASA
4.ZAKAT
5.HAJI










Tuesday 1 November 2011

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum w.b.t .Blog ini menyediakan  maklumat berkaitan P&P Pendidikan Islam tahun 1.Semoga anda yang melawati blog ini mendapat manfaat yang berguna .